Pop Quiz siri 2

Salam dan selamat pagi..disini saya nak kemukankan soalan pop quiz siri dua disebakkan tiada pemenang..soalan mudah jerr...; Syarat- syarat penyertaan seperti biasa

1.be our fan...(kalau dah jadi..alhamdulillah..thank you)
2.share this post to your wall (so kekawan leh join gak--^^)
3.Jawap 2 soalan dalam inbox msg (dalam inbox tau..takut soalan bocoQQQQ)

pop quz bermula 1o.20am dan berakhir pada 1o.20pm malam nin ya (25 June) dan keputusan akan diumumkan esok pada 10 pagi.

Selamat mencuba yer^^ dan hadiah ialah 16 cups redvelvert cake or kek lapis (boleh pilih ya)

Good luck to all



untuk menyertainya sila lawati link ini Aties Online bakery pop quiz

Wonton

Salam..tak tau nak tulis aper...yang pasti nak letak step by step cara nak buat wonton my version..

Inti wonton
 1 peket daging ayam kisar
1 cawan isi udang (dicincang halus)
lada hitam kasar dan garam secukup rasa

gaul sekata

Wonton yang berjaya di siapkan =) (sukerrr-sukerrr ^^)

dah siap boleh goreng atau di makan di dalam  sup ayam atau daging ( nanti Sue update resepinye yer)


POP Kuiz ~~tiada pemenang



Salam sejahtera buat semua..hari ni Sue nak umumkan nama pemenang ..tetapi..tiada pemenang untuk kali ini kerana tiada seorang pun yang menjawap dengan betul~~

Soalannya yang di kemukakan ialah seperti dibawah



senang jer kan..tapi sorang pon tak leh jawap^^...jawapan yang diberikan ..nak tergelak pon ader

jawapan nya ialah: no 1; Keli salai  dan no 2 buah delima

.Oleh kerana tiada pemenang kali ini..pop kuiz ini diubah pada minggu depan iaitu 25 Jun 2012.
Terima kasih kepada peserta yang mencuba.So the prize is still here~~16 cups red velvet cupcakes.

Soalan Pop Quiz

Soalan Pop quiz untuk kali  nie dah keluar kat our Facebook pace and dont forget to enter it..HAve fun and good luck ^^

syarat-syarat penyertaan ialah
1.Be our fan^^
2.Share our the page to your wall.
3.answer the questions in inbox messages

only that =) simple and easy..the quiz open at 10am- 20 june and closed at 10pm 20 june and ..the winner will be announce at 21 june 10am


Good Luckkkk..lots love from us =)

WIN RED VELVET Cupcakes FOR FREE




Okay..Good evening to everyone..Im  so glad to announce ..our team gonna make a Pop quiz Tommorow at our page.Soalan pop quiz akan di keluarkan pada pukul 10pg..and go our page;click this link;;;>:Aties Online bakery . The prize is 16 red velvet cupcake worth RM65.OO =)

syarat-syarat penyertaan ialah
1.must liked our page
2.Share our the page to your wall.
3.answer the questions in inbox messages

only that =) simple and easy..the quiz open at 10am- 20 june and closed at 10pm 20 june and ..the winner will be announce at 21 june 10am

and thank you^^



Cheesecake price update 2012



Toffee Walnut Nougat Cheesecake
harga=Rm70.00
Saiz=9 inch
Berat = 2.0kg

Blueberyy Chocolate Cheesecake
Harga= RM75.00
Saiz=9 inch
berat= 2.3 kg


Peach Cheesecake
Harga= RM65.00
Saiz =9 inch
berat = 1.5kg

Chocolate CHips Cheesecake RM70.00 (saiz 9 inchi bulat)


Peach Crumble Cheesecake RM 65.00 (saiz 9 inchi bulat)


Swiss Caramel Cheesecake RM70.00

Pai daging berkeju






Pie crust

Ingredients for one double-crust 9 inch or 10 inch pie: @7 small mini pie
2 1/2 cups all purpose flour
1 teaspoon salt
2 Tablespoons sugar
3/4 cup (a stick and a half) unsalted butter, chilled, cut into 1/4 inch cubes
1/2 cup of all-vegetable shortening (8 Tbsp)
6-8 Tablespoons ice water

~~campur semua kecuali air..bila dah jadi macam serbuk roti baru campur air batu.uli jadi betuk doh dan tekan kat bekas pie tu...bakar jap hingga kekuningan.keluarkan dari oven

Inti:
1 tbsp mentega atau majerin
*1 bungkus ramlee daging kisar
4 biji kentang( sue pakai kentang Usa?holand pon boleh)
*sedikit lada hitam kasar
1 tsp serbuk cili kasar
*1 tsp serbuk tarragon/oregano habis tu jer ader
*garam secukupnya
1 biji bawang besar cincang
2 cawan air
*yang bertanda *..gaul sekali sebelum tumis

***1/2 cawan keju mozarella (untuk tabur atas inti)

Bahan C
telur 4 biji
1/2 cawan krim masakan

campurkan ya

tumis bawang dengan sedikit mentega/majerin hingga kekuningan.masuk daging kisar dan masukkan kentang dipotong dadu.tumis seketika dalam 10 minutes(daging agak garing) pastu masuk air. biar kentang masak dan tutpm api ketepikan sejukkan.


cara buat..

masukkan inti dalam pie crust (7 biji) taburkan mozarella atas inti ..curahkan bahan C 3/4 kedalam setiap pie tu tutup dengan baki doh (hias bunga kecil)..gliss skit ngan kuining telur dan bakar hingga kekuningan/masak suhu 160 C

Avacado Milk Shake/Jus Alpokat



السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Dan salam sejahtera buat semua..seperti dijanjikan Sue nak buat Jus Alpokat(entah kali berapa dah buat tapi masih tak letak dalam entry) heheh hari nie internet laju sikit so godak-godak gambar yang resepi yang Sue dah buat dan cuba buat dan share dengan pembaca.

resepi :

1 biji avacado

1/2 cawan susu sejat (sue suka supaya dia pekat. nak letak fresh milk pon tak per)

1 cawan ais batu

 1 sudu gula perang( brown sugar)

cara buat;

avacado dibuang biji  ambil isi jer kalau nak tanam bji tu pon boleh tapi lambat nak hidup bertahun-tahun nak tunggu dia berbuah.campur semua bahan kat atas .blend sampai pekat. sedia hidang dalam gelas bersama chocolate syrup atau toffe (Sue suka letak toffee sbb lemak-lemak rasanya..tak berapa suka letak chocolate syrup (toffe boleh beli segera  kat Tesco kat bahagian barangan kek (area tepung dan coklat)atau buat sendiri

Toffee nie nie ader macam -macam jenis ya.ader toffe dari caramel sauce..disini Sue sertakan beberapa link yang sesuai atau nak cuba

Sue guna yang no 4..sebenarnya sue telah cuba beberapa jenis Tofee..yang dikongsi bersama link dari luar negara (kat malaysia saper nak bagi..semua kena bayor) setuju? heheheh jangan marah yer..(tapi lebih bagus kita masuk kelas ..supaya belajar ngan teknik yang betul =))

okay resepi dah ader..ade masa ..saya harap pembaca dapat mencuba..Isyallah =)


Udang Gulung











Udang Goreng

bahan;a


10-8 ekor udang besar (keringkan sedikit ngan kertas tisu)
1 sudu serbuk kari
garam serbuk kunnyit secukupnya
sedikit daun kari

semua di atas gaul.ketepikan.sekiranya agak basah jugak ..campurkan sedikit tepung jagung dalam 2 sudu.

bahan B

1 bungkus mee segera di masak dan ditoskan dan dicampurkan sedikit tepung gandum.


cara buat; Gulung udang dengan mee segera..dah siap gulung.Goreng dalam minyak panas/sederharna..bila udang agak kekuningan/masak angkat .sedia hidang dengan sos Thousand island dan sos cili

Homemade Ice-cream~~ Vanila Icecream and Chocolate Chunk Ice-cream

Salam hujung minggu,

Semalam dah plan nak try buat Homemade Icecream..dalam dok ber fb nampak satu resepi rakan memasak Jue Nida(dia memang rajin masak,hari-hari ader jer post kek dan desert~~~wooott Sue berminat nak buat icecream..masak dalam Group Resepi Ekperimen tengok gak ramai yang cuba buat resepi Homeade icecream nie(ntah sedap ker tidak..tak berani buat sbb kot-kot rasa macam ice batu jer)

Pastu nampak pulak resepi kek Gula hangus(dari kak Rohana Sulaiman)..adeih..plannn banyak sangat ..nak cari ruang masa nie terhad...punyala excited nak buat-post kat wall Fb supaya ader semangat nak cuba few resepi nie..Wahhhh banyak pulak penyokong suruh buat..aper lagi bergosip sakan nak sedapkan resepi Icecream nie...sbb ader icecream yang letak macam-macam...tapi one of my friend cakap ..resepi letak creamer dan telur lebih terasa lemak daripada menggunakan susu pekat..Big thanks to kak Junsalela Coppola my friend from Florida(akak nie kasi resepi icecream gak^^( suker sangat).Sue nak tau jugak aper perbezaan dan kelebihan dua resepi nie..alih alih buat kedua-duanya sekali..jom tengok gambar dulu baru ader semangat nak buat ^^

Iceram kat katas yang berwana putih tu ialah Vanila iceream(resepi dari Juenida) dan Chocolate chunk Ice-cream tu dari kak Junsalela Coppola..ue tak kacang pistascio sbb hubby suka makan ..one brownies Cupcake..Sedap.kan..look very yummmy..tergoda..jom buat laaaa sedap..rugi tak cuba barang pon mudah nak dapat.


Vanila ice-cream Jue Nida

1 tin susu pekat manis 
2 tin susu air masak
1 sudu besar overlatte
1 sudu besar tepung jagung
1 penutup esen vanila

Cara buat;

masukan 1 tin susu pekat dan 2 tin air masak(bekas susu tin tu yer sukatan).masukkan tepung jagung..kacau sekata dan masak atas api sederhana dalam 10 minit(agak-agak tepung jagung tu masak)..angkat dan sejukan sebentar dalam 10 minit kemudian masukkan ovelete dan esen vanila..pukul adunan hingga kembang macam adunan kek..masukkan dalam peti sejuk beberap ajam..dah boleh hidang


Untuk resepi Chocolate Chunk icecream (boleh click kat link nie kalau nak tengok resepi dessert yang lain(http://jceastmeetwestkitchen.blogspot.com/2009/08/chocolate-chunk-ice-cream.html)



Bahannya:

225 gm plain chocolate - patah2kan
3 cawan susu segar
1 tsp vanilla
4 biji kuning telur - pukul sikit
115 gm cawan gula pasir
1/2 cawan plain dark coklat yg dicincang kecil.

Caranya:

Double boil coklat guna api perlahan hingga cair-ketepikan, dlm periuk lain masukkan susu & vanila guna api perlahan didihkan sekejap.

Masukkan telur dlm bekas tahan panas (I guna mangkuk stainless steal) kemudian sambil dikacau masukkan gula, kemudian masukkan susu & coklat cair.

Letakkan mangkuk yg mengandungi campuran telur + coklat tadi atas double boiler masak sambil dikacau hingga custard jadi agak pekat. Sejukkan.

Masukkan custard ke dlm container yg tahan sejuk dan freezekan hingga ice crystal terjadi dikelilingnya. kemudian keluarkan dan guna hand mixer to whisk until smooth, ulangi prosess ini hingga 2-3 kali dan kali terakhir gaulkan coklat cincang ( jika guna) simpan dlm freezer hingga firm.



dah ader resepi..tunggu aper lagi..cubala..rasa memang sedap  setanding Ice cream berjenama =).

pendapat:
Dua resepi nie memang mudah..resepi jue Nida lebih gebu dan licin tapi rasa kurang lemak sesuai bagi nak diet(elok tambah kekacang spt walnut untuk rasa leh sedap.resepi dari kak june ..sedap lemak dan berkrim..hidangkan toffe atau salted karamel menambahkan keenakan icecream nie__alamak Diet sue bulan ni hancuss lagi daaaa. Lebih elok cuba dua dua sekali..baru ade variety...HOmemade Icecream memang ader classsss.setanding ice-cream yang berjenama mahal.

SELAMAT MENCUBA^^

Tepung Pelita

Semalalam dah bercita-cita nak buat kuih melayu..angan -anan tinnggi nak try kuih talam...(tak pernah buat pon sbb tak suka kukus mengukus nie)..tapi dah tengok post member Facebook~ Siti halimaton...jeles jelesssssss ...kuih talam penut butter dia cantikkk..(terpikir bile lagi nak buat kuih talam nie sbb hubby pon suka makan tahu kuih moden jer =))...setelah berbalas comment kat Facebook dapat gak sumber nak buat kuih talam..AHAHAHAH tapi nukan kuih Talam yang nak buat hiihihi nampak tepung pelita..alahai feveret tuuuuu....


Resepi asal dari Yatie
Johor Bahru, Malaysia

Tepung pelita

Bahan A
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
4 helai daun pandan dikisar
pewarna hijau atau esen pandan
1 sudu kecil air kapur
Cara-cara
Tepung beras( yg 1 cwn), air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat, guna api sederhana ya.
Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap.
Bahan B
4 sudu besar tepung beras(rata)
4 cawan santan
sedikit garam
Cara-cara
Sementara itu satukan santan, tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat.
Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.
Sejukkan. Setelah sejuk bolehlah di makan.





sedapppp..sejukkk kat tekak~~Selamat mencuba

Tiramisu Cake

Salam hujung minggu~~ minggu nie baru berkesempatan nak post gambar kek terbaru tapi lama dikemaskini

Tiramisu cake RM55.00 (1.2kg)
want to order~~ just call our number
Nahar - 013-388 2545, dan Sue 019-655 2545.

Avacado oh Avacado

Pagi-pagi lagi Sue dah jenguk laman rumah..mak aiiii rumah rumput dah tinggi~~housewife buzzy hahahhahaa. jenguk jenguk satu plot plastik berisi tanah..hampir terlupa dua bulan lalu sajer gatal tangan nak tanam benih Avacado...sajer letak dalam plastik kot kot tumbuh..asyik beli jer..buah nie mahal sebijii dekat RM5 ..1 biji buah Avacado cuma dapat 2 gelas besar juice Alpolcat( resepi nanti Sue tepek kat sini minggu depan sebb nak gi Shah Alam)tesco kat Kuala Selangor nie jarang ader)

tapi yang agak menyedihkan~~sajer cari info kat internet nie  Hmmmm~~ I have to wait 7-15 years this tree begin  producing its fruit LOL  .Calculated my age...Wahhh wonderful..tunggu kucing bertanduk baru dapat merasa...huhuhh

Ader maccam-macam jenis buah Avacado rupernyer..yang biasa terjual kat Tesco tu dari Australia...yang lain tak pernah rasa

nak baca maklumat lanjut; click kat sini;

Avacado info

Labu Manis Goreng dengan Oat


Labu manis lagi yer^^~~stok masih banyak..sebenar..macam-macam nak cuba dengan labu manis nie..sbb Sue memang suka makan labu nie

1~~cekodok labu ( dah buat Yay^^)
2~~Pancakes labu manis ( dah buat  >.< )
3~~labu manis dengan oat ( pon dah buat)
4~~ Roti labu manis (dalam perancangan)
5~~ Kek labu manis(dalam perancangan)
6~~ Cupcake labu manis ( dalam perancangan)
7 ~~Pumkin soup
8 ~~Pumpkin Cheesecake ( nak guna resepi Chef Wan^^)

Insyallah~~

jom kita tengok resepi kali nie..mudah dan simple

Bahan-bahan~

beberapa keping labu yang telah dipotong nipis
sedikit tepung beras
sedikit tepung gandum (guna tepung gandum semua pon tak per)
sedikit garam
sedikit air
sedikit oat( Sue pakai rolled oat)

cara buat ;

bancuh tepung sepeti bancuhan gorengan pisang kemudian golekkan kedalam bekas berisi rolled oat..goreng hingga keperangan.Angkat sedia hidang.

Puteri Ayu~~

Salam berhujung minggu semalam dah planning nak buat Kuih Puteri Ayu..tapi banyun lambat daaa...tapi buat gak so sarapan pon lambat~~resepi lamer ntah kemana~~ jadi cari dalam facebook jumpa satu .Guna Resepi Puteri Ayu daripada kak Suzila Abd Rahman..jom kita buat ~~~

Resepi=~~

BAHAN2,,A
*kelapa parut putih
*sedikit garam
*1sudu besa tepung ubi
...gaulkan semua n biar seketika
BAHAN2 B 
*3cawan tepung gandum..ayak
*1sudu besar ovalet
*2cawan gula pasir
*4biji telur gred a
*2cawan santan pekat
*sedikit pewarna hijau dan perasa pandan

CARA2..
*pukul telur dgn gula hingga kembang dan gebu,masukan ovalete,garam,pewarna hijau perasa pandan dan tepung gandum..gaul guna senduk biar sebati
*isi acuan nga kelapa parut tadi jgn bnyak sangt sblm tu acuan tu di sapu sedikit minyak supaya tidak melekat,kukus 2minit
*keluarkan acuan td n bubuh adunan tadi n kukus lagi 10 minit...siap...







Kuih Puteri Ayu nie ade  bintik hitam tu....nie sebab Sue suruh mamak tu parut putih jer tapi dia parut kelapa sekali yang hitam tu gakkk...tak berapa cun sikit Puteri Ayu Sue nie sbb ader tahi lalt manis hahahah ^^

Simple Mushroom soup





My breakfast~~mushroom soup cara Sue (hihihi)

I kotak susu full cream
i jug kecil air (dalam 600ml)
1 kiub stok ayam
5 ketul shitake mushroom(cendawan butang pon tak per)
lada sulah sikit jer
garam secukupnyer
1 tbsp butter
5 tbsp tepung jagung(larutkan dalam setengah cawan air)

Cara buat;
tumis mushroom ngan butter sekejap ...pastu masuk susu dan air biar bebuih sikit masuk kuib ayam,garam dan lada sulah, lepas tu masukan tepung jangung yang telah dilarutkan dalam air tu~~agak-agak pekat..tutup api

sedia hidang~~jommm makan ^^

Chicken with vegetables

Semalam masak ni tengok banyak sangat sayur kat dalam peti sejuk. nak masak simple dan cepat serta mudah


.
Resepi agak-agak macam tu la

bahan: tengok dalam gambar.. nak makan banyak boh banyak nak makan sikit masuk sikit jer okies.potong semua sayur macam dalam gambar 2...Tumiskan bawang dan ayam serta cendawan sampai agak garing...ayam tu letak sikit dengan lada sula(sikit jer dalam 1/4 sudu teh).pastu masuk sayur.Nak pedas letak cili api <3

bile dah masuk semua sayur (biar masak setengah masak ..~~Sue suker makan camtu) pastu letak 2 sudu makan tepung jagung dicampur dengan 1 gelas air.biar kuah agak pekat .Sedia dihidangkan.

Selamat menjamu Selera^^

Labu manis 2 ~~ Cekodok labu manis VS Pumpkin Pancakes

South VS East~~ Cekodok labu manis VS Pumpkin Pancakes  maner lebih sedap..sendiri mau rasa ya^^


VS


 Resepi : Yeast Pumpkin Pancakes

Yeast Pumpkin Pancakes

Ingredients:

A
2 cups flour
2 teaspoons active dry yeast
2 tablespoons sugar
~~mix ingredients A i one bowl

B
1 1/4 cups milk
1/2 cup water
2 eggs ( I used A size)
1/4 cup melted butter
1/4 teaspoon salt
~~Preheat ingredients B

100gm boiled pumpkin(mashed)


Some oil to grease griddle or iron cast skillet

to make it..A + b + C = Done dan selamat melempeng


Labu manis 1 ~~ Cekodok labu manis VS Pumpkin Pancakes

Salam hari isnin^^..semalam konon -kona nak gi berjoging kat Taman Alam ..alih alih berjoging kat pasaraya Econsave ,kapar..jauh berjoging dari kuala selangor ye wakakakaka..roaund raound ..kempis wallet beli barang..sebab aper kat sana banyak barang murah speacially barang dapur dan sayu tu yang ter beli labu manis sampai 2 setengah kg..baru RM3 inggit..beli jer yer...kalau kat Tesso tu ..tak jamin berapa


yang nie hasil terawal pukul 7pagi~untuk hubby nak makan cekodok labu manis


resepi:

150gm labu manis direbus dahulu
200gm tepung gandum
sedikit baking soda
air secukupnya
sedikit garam
2 sudu gula

Campurkan semua agak agak jadi macam nie~~
Goreng dalam minyak panas..Angkat sedia hidang^^

Chocolate Indulgence Cake ~~Promo promo bulan march (end at 1st April)



Chocolate Indulgence Cake~~Promotion RM65 instead RM70.Penghantaran percuma sekitar Kuala Selangor sahaja.~~lain tempat sekitar Kuala Selangor~~Jeram Tnjung karang Sungai Buluh dan kapar dikenakan charge penghantaran.

Selamat mengoder ye^^

Facebook page

Ok, berita baik pada semua page Sue telah dibuka di facebook..kalau nak join page click kat sini yer

https://www.facebook.com/pages/Sue-Nahar-Online-Bakeryformely-known-as-Aties-Online-Bakery/208103922616540

baru nak start bussines kat Facebook...Chaiyokkk^^

Meroti lagi ^^

Buttermilk Oats Chocolate chips Marshmallow Cookies



 bahan A
1/2 cawan gula perang
1 cawan butter ~~ saya guna majerin sbb nak diet hehehehe (boleh pakai ker fakta tu^^)

bahan B
1 cawan setengah tepung gandum
1/2  rolled oat kisar (tak kisar pon tak per--tapi saya suka kisar kasi biskut nie chewwy giteww)
1/2 cawan  badam kisar
1/2 cawan chips coklat
3/4 cawan  marshmellowwwwww potong kecil kecil tau besar chips coklat
1/2 tsp emplex atau 15gm tepung jagung
1tsp buttermilk esen

Cara buat;

kacau.bahan A agak agak sekata jer..pastu masukkan bahan B.. senang jer kan^^
bulatkan kecil kecil dan jarakan sbb nanti dia kembang.bakar suhu 170 C selama 2o minutes atau 
masak.

tips*** sue letak marshmeloow besau -besau abis berlubang biskut..sbb tu Sue suruh potong kecil-kecil yer .kalau boleh sejukan marshmellow tu dulu baru cantik..tak ler macam roper biskut Sue huhuhuh



Sweet buns resepi dari Pakar Roti cayallllahhh ^^

Dua hari lepas buat roti..seperti biasa bab nak mix bahan Sue panggil suami  yer kikikiki...dah siap bahan-bahan ..panggil ler laling i buat..bab menguli roti  Sue punyer kerjer la..kalau dia bulatkan jadi leper so semua la kena buat.




nak resepi..hihihi resepi nie Sue beli tau..tak leh share kat sini..hakcipta terpelihara..kalau nak beli click kat sini link
http://www.pakarrotisweetbun.com/

nak lagi yang percuma bolehhhhh ~banyak sangat link umm nak share ..senang cerita kena pakai pak Google search ajer sweet buns okies^^

okies Selamat mencuba^^

Resepi; Puding Kastard Coklat Marble

Salam hari minngu.^^

masih ingat tak respi dulu  ..hahah puding marble tak letak gula...camno leh tersalah resepi~~sakit perut punyer hal..Nie selongkar PC lamer nak buat balik..alih alik memang tak der gula ponn ...camner boleh boh gula pulak..mesti salah tengok resepi ari tue...=S...nie selongkar balik folder lame sbb guest dari member nak buat puding nie

Resepi mudah jer..tapi tolong pakai coklat kualiti..kalau nak rasasedap laa..kalau bajet pakai jer coklat compoun.

Bahan-bahan;

A:

20gm agar-agar
1800 ml air

B
1 tin kecil susu pekat manis

C
1** cawan air
4** tbsp @sudu besar bunbung tepung kastard
1 tbsp butter

** larutkan dulu yer


D
200gm coklat masakan (potong kecil-kecil tau)

Cara buat:

masuk air dan agar-agar dalam satu periuk panaskan dan biar agar-agar larut.

dah larut ..masuk susu pekat manis .kacau rata kemudian masukkan bancuhan kastard..kacau sebati..

masukkan butter .kacau biar pekat dalam 3 minit.

dah 3 minit.bahagikan adunan tu 1/4 untuk coklat dan 3/4 original laa

sedia loyang 10x10 atau loyang 9x9 (kalau nak tinngi)

selang seli adunan kedalam loyang..Biarkan sejuk suhu bilik baru masukkan dalam peti sejuk.

Kelas kek with Chef Norbaini Rahwi

5 February Sue join kelas Chef Norbaini Rahwi~~ kek-kek nyer Alhamdullah sedap..walaupun kelas chef nie boh demo ..bukan yer semi demo.. start pukul 10.30am sampai 6 petang.Alhamdullah banyak tips dan trick dapat daripada chef nie..nak kasi ngecess sikit .enjoy tha pictures ^^


1~ Italian rainbow
2~Russian Black and white
3~Swiss caramel Cheesecake
4~Chocolate Caramel

yang paling sedap..oh ye for sure is Russian Black and white. Insyallah akan datang saya join kelas chef Norbaini Rahwi lagi ..jom gi belajar sama -sama kita terjah rumah chef nie ..XD

Puding Croissant Bersos Kastard

Semalam buat Roti Croissant..tapi..ummm over proof lak .... erpaksa ler bako gak...(Resepi Croisant nanti Sue upload~~renyah skit buat roti tu lagipun masa buat Croissant hubby bawak camera gi opis~~~so tak der la step by step nak tunjuk kat sini

Untuk resepi nie Sue amik dari dari Blog
 http://teratakdhia.blogspot.com/2010/11/puding-roti-butterscotch.html

resepi tuan punyer asal resepi nie dari blog nie
http://firzarafairyland.blogspot.com/2010/10/nak-resipi-butterscoth-bread-pudding.html

so click kat dua link nie untuk resepi asal sebab Sue ubah beberapa bahan seperti croisant dsb

bahan utama:A

4 Croissant ( diceraikan dipotong dsb)
1 tin susu sejat( sue tambah 1/2 cawan lagi kasi cair^^)

Bahan A  campur  dalam satu bekas biar selama 20 minit

Bahan B;

2 biji telur
3 sudu gula kasar
1 sudu tepung kastard
1tsp esen vanila
1 sudu buter (dicairkan)

Sue campukan semua bahan B gaulkan biar gula larut..Pastu gaul ngan Bahan A

Sue guna bekas saiz 7x7 so nampak tinggi sikit Bakar suhu 170  (atas bawah) selama 45 minit.


untuk sos Sue pakai 100% resepi  asal

1 tin susu sejat
2 sudu kastard
1tsp esen vanila

campur semua bahan nie..masak sekejap jer api sederharna bagi pekat jer (sepekat sos cili jer ^^).removed from heat dah boleh serve kat puding tu....

jom makan^^

Ya Allah!! Dah masuk Tahun 2012

Assalamualakum..

Alhamdulillah..~~hari neie baru berkesempatan jengok balik blog nie..bukannyer aper Sue sibuk sangat pada tahun 2011 dan awal tahun 2012..tak sempat nak masukan entry baru...yer la..anak-anak semua dah sekolah- harap maklum lah tugas sebagai suri rumah, dropshiper and baking lagi..24 jam ker..~~tak pakai maid..kurang mampu daaa.


Rasanya tak terlewat untuk Sue ucapkan Selamat tahun baruu 2012 heheh ertikata selamat bulan February~~kwang kwang^^

Ape pun kiter ambik yang terbaik dan mulakan sesuatu yang terbaik .Insyallah ^^