Resepi Puteri Ayu

Resepi masa kami belajar di sebuah Akademi di Puchong. Bleh buat frozen jika mahu. Sedap ke ? emmm buat dan rasa sendiri.

Bahan A
1. Gula 1 1/2 cawan ( 250g)
2. Telur 4 butir gred B
3. Ovellet 1 tbsp

Bahan B
1. Air 1 cawan (200ml)
2. Serbuk Santan 50 g
3. Pewarna hijau 1 penutup (disyorkan jenama Star)

Bahan C
Tepung Gandum 2 1/2 cawan (280g)

Bahan D
1. Kelapa parut 3 biji
2. Tepung ubi 3 tbsp
3. Garam 1 tsp

Cara menyediakannya
1. Bahan A diputar sehingga gebu (seped 4)
2. Bahan B disatukan dan dibancuh.
3. Bahan C & B dimasukkan ke dalam bahan A dan diputar sampai sebati.
4. Kelapa, tepung ubi dan garam digaul
5. Acuan disapu minyak
6. Kelapa ditekan ke dalam acuan
7. Maukkan adunan tepung ke dalam acuan
8. Kukus selama 10- 15 minit
9. Dikeluarkan, disejukkan dan dibungkus.

Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment