Resepi masa kami belajar di sebuah Akademi di Puchong. Bleh buat frozen jika mahu. Sedap ke ? emmm buat dan rasa sendiri.
Bahan A
1. Gula 1 1/2 cawan ( 250g)
2. Telur 4 butir gred B
3. Ovellet 1 tbsp
Bahan B
1. Air 1 cawan (200ml)
2. Serbuk Santan 50 g
3. Pewarna hijau 1 penutup (disyorkan jenama Star)
Bahan C
Tepung Gandum 2 1/2 cawan (280g)
Bahan D
1. Kelapa parut 3 biji
2. Tepung ubi 3 tbsp
3. Garam 1 tsp
Cara menyediakannya
1. Bahan A diputar sehingga gebu (seped 4)
2. Bahan B disatukan dan dibancuh.
3. Bahan C & B dimasukkan ke dalam bahan A dan diputar sampai sebati.
4. Kelapa, tepung ubi dan garam digaul
5. Acuan disapu minyak
6. Kelapa ditekan ke dalam acuan
7. Maukkan adunan tepung ke dalam acuan
8. Kukus selama 10- 15 minit
9. Dikeluarkan, disejukkan dan dibungkus.
Selamat mencuba.
Senarai harga kek terbaru 2012
DODOL yang sedap
kalau nak cuba sila dapatkan disini...
Man Dodol
Kg Sekolah, Sungai Selisek
Kuala Kubu Bharu
Tel : 05-454 1629
Biasanya harganya RM8.00 untuk setengah kilo.
Cara nak pi.... keluar highway NKEV Behrang, then masuk ke arah Sg Selisik ikut sebelah Balai Polis Behrang... anggaran 3 km dari situ masuk ke dalam. Sampailah...
Subscribe to:
Posts (Atom)