Ohhh Apam Mekar

Inilah dia Apam Mekar yang dibuat oleh salah seorang tauke kedai. Apam nie memang gebu dan sedap. Puas mintak resepi dari dia tapi dia tak bagi. Sampai volunteer untuk kerja tanpa bayaran dengan dia selama sebulan.Tapi dia tetap tak nak bagi resepi. Sedih tul..... dah la kerja selama SEBULAN pagi sampai petang, minyak keta bayar, makan tanggung sendiri, kerja hari hari, TANPA BAYARAN LAK TU... siap kena marah ada la kalau ada benda yang dia tak puas hati...tapi bukan sahaja resepi apam idaman nie je yang tak dapat malah apa-apa resepi pun tak dapat hahahahahah..... apa nak buat...

Last-last beli je lah dengan dia. Dia pun happy sebab kita order dengan dia. Saya cari kat internet manalah tau ada gambar apam mekar yang setanding dengan dia punya apam boleh cungkil resepi tapi hampa.Kebanyakkan apam mekar anak satu je.... yang nie anak 5 da...hahahahah....

Kepada pakar-pakar masakan yang membaca entri nie dan tau buat apam mekar yang cantik, gebu dan sedap seperti di atas, dan yang SIMPATI pada saya, mohon hantar resepi apam mekar ke emel saya di nahar.sharif@gmail.com atau tulis kat ruang komen atau tulis link untuk saya baca..... Jasa baik anda amatlah dikenang....

Perkembangan Value Blog List Jom Memasak

Sehingga 20 Ogos 2011, 70 blog masakan dalam Jom Memasak Blog List saya telah saya semak di IBusiness Information. Keputusan masa kini mengikut kedudukan ialah :


1 cikmin 2 1001 resepi 3 Citarasa Rinduan 4 3 Hungry Tummies 5 Cendana Kasih 6 Sinar Kehidupanku 7 Lovely Kitchen 8 1001 Cerita 1001 Rasa 9 Dari Dapur Siti 11 Blog Citarasa Wan 12 Cute Oven Small 13 Sudip Kayu 14 Bi Sou Satoi 15 My Kitchen -Anymz 16 Kasih Redha 17 Deco Chocho


Semua blog di atas mempunyai Value atas RM10k. Cikmin mendahului dengan nilai 84k. 2-4 mempunyai nilai diantara 20-30k. Yang lain di atas 10-20k. Lain-lain bawah 10k.


Masih dalam penyiasatan.... so kengkawan kalau ada nak tambah senarai blog list Jom Memasak sila tulis dalam shout mix dan nyatakan kategorinya juga yea....

Keputusan penuh nanti k.

BUBUR LAMBUK PERIUK BESAR

Ramai orang nak buat bubur lambuk saiz besar tapi tak confident. Apa kata cuba resepi ini. Resepi ni diolah oleh saya sendiri dengan berdasarkan resepi di Internet dan juga makcik-makcik di INPENS. Lepas tu doa pada Allah agar bubur jadi sedap...... :)

Resepi ini boleh dimakan oleh pelbagai bangsa kerana tidak ada daging. Tapi kalau nak sedap letak daging nak lagi sedap tulang gearbox...perrrggh...

Resepi :
1. Beras 15 kg (Bagi periuk yang tidak berapa besar 10-12kg memadai)
2. Bawang besar 2kg
3. Bawang putih 1/2 kg
4. Halia 200 g
5. Ayam 6 ekor
6. Udang kering 1 kg
7. Udang sederhana 5 kg (kalau letak daging tak perlu letak udang nie)
7. 20 helai daun pandan
8. Minyak Masak 3 kg
9. Ghee 1 tin kecil.
10. 8 kg santan
11. Rempah ratus - Kayu manis, halba, bunga cengkih, bunga lawang, jintan putih, pelaga
12. 200g g serbuk lada hitam
13. Garam secukup rasa
14. 5 batang serai
15. 1 kg daun bawang
16. 1 kg daun sup
17. 1 kg lobak
18. 6 stok ayam (kalau daging tak perlu letak stok ayam)
19. 7 sup bunjut
20. Bawang goreng.

Bajet buat bubur nie RM500, ianya agak mewah memandangkan diletak ghee, udang, santan yang banyak. Tapi kalau nak kurangkan bajet kurangkanlah bahannya yea.

Persediaan
1. Asingkan daging ayam daripada tulangnya.
pengasingan daging ayam sedang dijalankan

2. Potong lobak
3. Potong Daun Sup
4. Potong Daun Bawang
5. Bersihkan serai dan basuh.
6. Blend udang
7. Blend bawang besar ( toskan)
8. Blend bawang putih(toskan)
9. Blend halia(toskan)

Masak 1
1. Mula-mula basuh beras, toskan.
2. Masukkan air dalam periuk besar dan pasang api.
3. Bila air telah mendidih masukkan beras sambil kacau.
4. Masukkan daging ayam.
5. Masukkan garam secukup rasa.


Masak 2
1. Panaskan minyak bersama ghee.
2. Masukkan bawang besar, bawang putih.
3. Bila bau aroma dah keluar dan warna kekuningan masukkan rempah ratus dan sup bunjut.
4. Bila dah garing masukkan tulang ayam.
5. Bila tulang ayam dah masak, masukkan halia, udang kering, udang dan daun pandan.
- tulang ayam perlu diasingkan sebelum dimasukkan dalam periuk bubur.Maknanya tak perlu letak tulang ayam dalam bubur. Tapi kalau nak masuk juga its ok.
6. Agak2lah yea....kalau dah ok baru masukkan bahan tumis ke dalam periuk yang telah berisi beras, time nie beras dah jadi bubur da)
- masukkan lebihan air bawang besar, bawang putih dan halia ke dalam periuk.
7. Masukkan santan.
ketua chef bubur lambuk kononnya - baju merah :)

8. Masukkan serbuk lada hitam dalam air panas dan bancuh.
9. Masukkan serbuk lada hitam yang telah dibancuh ke dalam periuk tadi.
10. Test la ... ada rasa garam ke tak. Kalau tak cukup tambah lagi.

11. Bila dah siap...hidangla .... taburkan daun bawang dan daun sup kat atasnya.
12. Taburkan bawang goreng
13. Siap untuk dihidang dan dimakan.


dah dihidang.....

Butter GOLDEN CHURN TIDAK HALAL

Berita yang mengejutkan ramai orang Islam dan peminat Kek Lapis Sarawak termasuk pengeluar Kek Lapis Sarawak adalah "Golden Churn Creamy Butter" adalah "TIDAK HALAL".

Alhamdulillah kami tidak pernah menggunakan butter ini untuk membuat Kek Lapis Sarawak ataupun mana-mana produk pengeluaran kami.

Mungkin Allah nak selamatkan kami dari termakan yang tak halal (psss sebenarnya butter nie mahal sangat, tak mampu nak beli untuk buat kek hahahaha kami biasanya guna butter Tatura dan Anchor je dan kalau duit terlebih guna butter SCS.


Rujukan : Borneo Post

Sarapan baik untuk anak-anak

Sarapan Awal Baik Untuk Anak-anak

Kenapa perlu makan lewat ataupun tidak bersarapan. Islam ajar kita untuk sarapan awal contohnya bersahur. Oleh itu ajarlah anak-anak anda untuk sarapan awal. Sarapan awal akan memberikan anak anda tenaga.

Kajian yang diterbitkan dalam Journal of the American Academy of Child and Adolescent Psychiatry menunjukkan bahawa masalah sekolah seperti ketidakhadiran dan masalah tingkah laku seperti hiperaktif banyak berlaku kepada kanak-kanak yang lapar.

Program sarapan pagi di Philadelphia dan dua sekolah awam Baltimore pula menunjukkan pelajar lebih memberi tumpuan di dalam kelas, mendapat gred yang lebih tinggi dalam matematik dan kurang masalah tingkah laku dan emosi.

Oleh itu jangan lupa beri sarapan kepada anak-anak dan makanlah makanan yang sihat seperti madu, minyak zaitun, roti, jus dan dadih.

Rujukan:

http://www.kidsource.com/kidsource/content4/breakfast.html