Teknik Buat Roti











Ada pelbagai cara buat roti. Dari yang tradisional hinggalah ke profesional. Dari yang roti lembut kepada yang roti keras. Ramai orang sukakan roti lembut tapi kalau kita pi sarapan kat hotel 5 star depa hidang roti keras. Orang dok panggil roti perancis. Yang saya tahu roti lembut mudah telan tapi tak mudah hadam. Roti keras susah ditelan tapi mudah dihadam....

Ini salah satu resepi yang saya belajar iaitu daripada Chef Farid Chef Farid, Bakeri Ria Academy. Kepada yang berminat nak cuba resepi rotinya, sila cuba ekk...


Bahan-bahannya adalah:

1. Tepung 1 kg. Bleh guna cap bangau, Gunung Mas, Diamond, Kuda. Yang penting Tepung High Protein.
2. Gula 200 gram- guna gula halus tau. tak pun gunala gula yang diblend atau gula castor.
3. Yis 30 gram. Kalau guna yis basah perlu 2 kali ganda iaitu 60 g.
4. Susu tepung 50 gram.
5. Improver 4 gram. (bleh guna bread softener, Magi Pro, Voltex, Modular softener 5500)
6. Garam Halus 10 gram.
7. Telur gred B sebiji.
8. Marjerin 200 gram. (bleh guna planta juga Dorry)
9. Air yang dimasukkan ais 500g.


Cara membuatnya:

1. Masukkan semuanya dan yang last sekali masukkan telur. (masukkan air jangan habis tau, tinggalkan sedikit) Mix guna speed 1. Jangan laju.



2. Tunggu sebati, tanda sebati adalah bila ditarik ia tak putus. Uli hingga elastik. Ia macam swing Gum.

3. Dah siap, banting doh roti itu. Tujuannya adalah bagi mengeluarkan angin.

4. Rehatkan doh 10- 15 minit di bawah bekas mixer tu.

doh besar

masukkan doh besar ke dalam bowl mixer




5. Bila dah kembang bahagikan doh dengan berat 50 g.

Tanda kembang adalah bila ditekan dengan jari doh akan naik kembali

dan buatkan bulatan.

doh besar

selepas timbang 50g, buat doh kecil

Doh kecil seberat 50g, dibuat bulat dan licin

6. Rehatkan doh yang tadi 2 - 5 minit di bawah plastik.

7. Rekabentuk doh. Buatlah ikut suka janji nampak menarik.





8. Rehatkan lagi 3 - 15 minit. Then masukkan dalam prover.

(kalau takda prover gunalah kebijaksanaan sendiri. Ada orang jemur kat bawah matahari, ada orang bukak oven dan letak depan oven, ada orang bior je...)

pelbagai bentuk doh dimasukkan dalam prover

9. Bila doh dah kembang. Bakar dalam oven dengan suhu 180 darjah celcius atas dan bawah sehingga masak (10 - 15 minit).

10. Sejukkan roti dan siap untuk dimakan.

tu dia dah siap

Apa lagi cuba la. Kalau tuan puan dah cuba sila buat komen diruang komen k.

pssss....... Resepi yang sama kita buat donut.....



2 comments:

  1. improver tu bleh ganti ngan baking powder x?

    ReplyDelete
  2. prover tu blh tukar dgn stimmer kah?

    ReplyDelete