Showing posts with label Roti. Show all posts
Showing posts with label Roti. Show all posts

Meroti lagi ^^

Sweet buns resepi dari Pakar Roti cayallllahhh ^^

Dua hari lepas buat roti..seperti biasa bab nak mix bahan Sue panggil suami  yer kikikiki...dah siap bahan-bahan ..panggil ler laling i buat..bab menguli roti  Sue punyer kerjer la..kalau dia bulatkan jadi leper so semua la kena buat.




nak resepi..hihihi resepi nie Sue beli tau..tak leh share kat sini..hakcipta terpelihara..kalau nak beli click kat sini link
http://www.pakarrotisweetbun.com/

nak lagi yang percuma bolehhhhh ~banyak sangat link umm nak share ..senang cerita kena pakai pak Google search ajer sweet buns okies^^

okies Selamat mencuba^^

Puding Croissant Bersos Kastard

Semalam buat Roti Croissant..tapi..ummm over proof lak .... erpaksa ler bako gak...(Resepi Croisant nanti Sue upload~~renyah skit buat roti tu lagipun masa buat Croissant hubby bawak camera gi opis~~~so tak der la step by step nak tunjuk kat sini

Untuk resepi nie Sue amik dari dari Blog
 http://teratakdhia.blogspot.com/2010/11/puding-roti-butterscotch.html

resepi tuan punyer asal resepi nie dari blog nie
http://firzarafairyland.blogspot.com/2010/10/nak-resipi-butterscoth-bread-pudding.html

so click kat dua link nie untuk resepi asal sebab Sue ubah beberapa bahan seperti croisant dsb

bahan utama:A

4 Croissant ( diceraikan dipotong dsb)
1 tin susu sejat( sue tambah 1/2 cawan lagi kasi cair^^)

Bahan A  campur  dalam satu bekas biar selama 20 minit

Bahan B;

2 biji telur
3 sudu gula kasar
1 sudu tepung kastard
1tsp esen vanila
1 sudu buter (dicairkan)

Sue campukan semua bahan B gaulkan biar gula larut..Pastu gaul ngan Bahan A

Sue guna bekas saiz 7x7 so nampak tinggi sikit Bakar suhu 170  (atas bawah) selama 45 minit.


untuk sos Sue pakai 100% resepi  asal

1 tin susu sejat
2 sudu kastard
1tsp esen vanila

campur semua bahan nie..masak sekejap jer api sederharna bagi pekat jer (sepekat sos cili jer ^^).removed from heat dah boleh serve kat puding tu....

jom makan^^

Sarapan Dengan Roti Paratha

Emmm aku memang gemar makan roti paratha.. kat kedai mamak memang tak jual. Aku pun tak tahu sebab apa tak jual. Yang ada roti canai, capati, tosei dan roti nan. Tapi roti paratha tak pernah nampak pun. Tapi kalau pi pasaraya...freeze nya kita akan jumpa roti paratha ini. Rasanya memang sedap. Tapi kali nie buat sendiri kat rumah...lihatlah hasilnya. Kalau kat kedai lebih kurang 5 roti = RM4.00. Tapi buat sendiri dapat 21 keping paratha. Memang berbaloi...

Jom kongsi resepi mudah aku nie...

Bahan-bahanya adalah :
Tepung gandum 2 cawan.
Bawang besar 5 labu
Kentang sebiji.
Garam secukup rasa
Minyak
Daun bawang ala kadar.

Cara-cara
1. Uli tepung dengan air secukupnya, titiskan minyak pada permukaan doh ketika menguli.
2. Campurkan doh dengan bawang yang telah dipotong halus, kentang rebus, garam dan daun bawang yang telah dipotong halus. Uli doh.
3. Timbang doh 50g dah buatkan doh kecil.

Taburkan sedikit tepung ketika membuat doh kecil di atas. Rehatkan 15 minit selepas tu lenyekkan dia. Masukkan dalam plastik.
Paratha siap sedia di goreng atau disimpang di dalam peti ais untuk sarapan....emmmmphhh..

Homemade Pizza

Suami nak pizza....anak-anak juga nak pizza...then suami terbeli cheese.hihihi projek pizza la... Keju Mozarella offer kat Tesco..apalagi..beli dan terbeli..hasilnyer tu kat atas Homemade Pizza