Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Sarapan Dengan Roti Paratha

Emmm aku memang gemar makan roti paratha.. kat kedai mamak memang tak jual. Aku pun tak tahu sebab apa tak jual. Yang ada roti canai, capati, tosei dan roti nan. Tapi roti paratha tak pernah nampak pun. Tapi kalau pi pasaraya...freeze nya kita akan jumpa roti paratha ini. Rasanya memang sedap. Tapi kali nie buat sendiri kat rumah...lihatlah hasilnya. Kalau kat kedai lebih kurang 5 roti = RM4.00. Tapi buat sendiri dapat 21 keping paratha. Memang berbaloi...

Jom kongsi resepi mudah aku nie...

Bahan-bahanya adalah :
Tepung gandum 2 cawan.
Bawang besar 5 labu
Kentang sebiji.
Garam secukup rasa
Minyak
Daun bawang ala kadar.

Cara-cara
1. Uli tepung dengan air secukupnya, titiskan minyak pada permukaan doh ketika menguli.
2. Campurkan doh dengan bawang yang telah dipotong halus, kentang rebus, garam dan daun bawang yang telah dipotong halus. Uli doh.
3. Timbang doh 50g dah buatkan doh kecil.

Taburkan sedikit tepung ketika membuat doh kecil di atas. Rehatkan 15 minit selepas tu lenyekkan dia. Masukkan dalam plastik.
Paratha siap sedia di goreng atau disimpang di dalam peti ais untuk sarapan....emmmmphhh..

Resepi Puteri Ayu

Resepi masa kami belajar di sebuah Akademi di Puchong. Bleh buat frozen jika mahu. Sedap ke ? emmm buat dan rasa sendiri.

Bahan A
1. Gula 1 1/2 cawan ( 250g)
2. Telur 4 butir gred B
3. Ovellet 1 tbsp

Bahan B
1. Air 1 cawan (200ml)
2. Serbuk Santan 50 g
3. Pewarna hijau 1 penutup (disyorkan jenama Star)

Bahan C
Tepung Gandum 2 1/2 cawan (280g)

Bahan D
1. Kelapa parut 3 biji
2. Tepung ubi 3 tbsp
3. Garam 1 tsp

Cara menyediakannya
1. Bahan A diputar sehingga gebu (seped 4)
2. Bahan B disatukan dan dibancuh.
3. Bahan C & B dimasukkan ke dalam bahan A dan diputar sampai sebati.
4. Kelapa, tepung ubi dan garam digaul
5. Acuan disapu minyak
6. Kelapa ditekan ke dalam acuan
7. Maukkan adunan tepung ke dalam acuan
8. Kukus selama 10- 15 minit
9. Dikeluarkan, disejukkan dan dibungkus.

Selamat mencuba.

Teknik Buat Roti











Ada pelbagai cara buat roti. Dari yang tradisional hinggalah ke profesional. Dari yang roti lembut kepada yang roti keras. Ramai orang sukakan roti lembut tapi kalau kita pi sarapan kat hotel 5 star depa hidang roti keras. Orang dok panggil roti perancis. Yang saya tahu roti lembut mudah telan tapi tak mudah hadam. Roti keras susah ditelan tapi mudah dihadam....

Ini salah satu resepi yang saya belajar iaitu daripada Chef Farid Chef Farid, Bakeri Ria Academy. Kepada yang berminat nak cuba resepi rotinya, sila cuba ekk...


Bahan-bahannya adalah:

1. Tepung 1 kg. Bleh guna cap bangau, Gunung Mas, Diamond, Kuda. Yang penting Tepung High Protein.
2. Gula 200 gram- guna gula halus tau. tak pun gunala gula yang diblend atau gula castor.
3. Yis 30 gram. Kalau guna yis basah perlu 2 kali ganda iaitu 60 g.
4. Susu tepung 50 gram.
5. Improver 4 gram. (bleh guna bread softener, Magi Pro, Voltex, Modular softener 5500)
6. Garam Halus 10 gram.
7. Telur gred B sebiji.
8. Marjerin 200 gram. (bleh guna planta juga Dorry)
9. Air yang dimasukkan ais 500g.


Cara membuatnya:

1. Masukkan semuanya dan yang last sekali masukkan telur. (masukkan air jangan habis tau, tinggalkan sedikit) Mix guna speed 1. Jangan laju.



2. Tunggu sebati, tanda sebati adalah bila ditarik ia tak putus. Uli hingga elastik. Ia macam swing Gum.

3. Dah siap, banting doh roti itu. Tujuannya adalah bagi mengeluarkan angin.

4. Rehatkan doh 10- 15 minit di bawah bekas mixer tu.

doh besar

masukkan doh besar ke dalam bowl mixer




5. Bila dah kembang bahagikan doh dengan berat 50 g.

Tanda kembang adalah bila ditekan dengan jari doh akan naik kembali

dan buatkan bulatan.

doh besar

selepas timbang 50g, buat doh kecil

Doh kecil seberat 50g, dibuat bulat dan licin

6. Rehatkan doh yang tadi 2 - 5 minit di bawah plastik.

7. Rekabentuk doh. Buatlah ikut suka janji nampak menarik.





8. Rehatkan lagi 3 - 15 minit. Then masukkan dalam prover.

(kalau takda prover gunalah kebijaksanaan sendiri. Ada orang jemur kat bawah matahari, ada orang bukak oven dan letak depan oven, ada orang bior je...)

pelbagai bentuk doh dimasukkan dalam prover

9. Bila doh dah kembang. Bakar dalam oven dengan suhu 180 darjah celcius atas dan bawah sehingga masak (10 - 15 minit).

10. Sejukkan roti dan siap untuk dimakan.

tu dia dah siap

Apa lagi cuba la. Kalau tuan puan dah cuba sila buat komen diruang komen k.

pssss....... Resepi yang sama kita buat donut.....



Swissroll Coklat

Hari ni sue cuba resepi dari maklang Azie….huhuhuhu…lembutnya swissroll coklat…ini kali kedua sue buat….semalam buat satu jer….tapi hari ni buat 2 roll sbb anak2 sue suka…sue mintak ngan maklang Azie nak publish kat blog sue….hehehehe….mak kacih maklang…resepi asal daripada APEK….pastu sue lak…ape2 pun resepi nih lembut dan sedap…..tak rugi cuba….

SWISS ROLL BATIK COKLAT (loyang 8 x 11 inci)
(sue pakai 10x10 inci…nie jer loyang yang ader)
(Malas nak taip…copy paste jer.ampun maklang)

Bahan-bahan :
3 biji telur B
2 oz gula castor
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu besar ovallete
1.5 oz tepung gandum, keluarkan 1 1/2 sudu besar tepung dan gantikan 1 1/2 sb dengan koko powder (jadikan jumlah tepung + koko = 1.5 oz shj)
1/2 sudu besar susu tepung
2 oz mentega cair
butter icing secukupnya

Kaedah penyediaan :
- Telur, gula, ovallete, baking powder, esen vanilla, tepung gandum dan susu tepung dipukul dengan kelajuan maksima sehingga gebu (5-7minit) ...ketepikan.
- Masukkan mentega cair menggunakan spatula or whisker aje, kemudian kaup balikkan biar adunan rata.
- Ambil skit adunan coklat (utk wat design) dicampur dengan choc. emulco..dan msk dlm piping bag.
- Tuangkan adunan selebihnya dalam loyang kemudian ratakan permukaannya.
- Paipkan adunan coklat tadi di atas adunan yg diratakan dlm loyang
- Lorekkan/corakkan dgn menggunakan lidi(…hehehe sue guna sudu…jer) - Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170 C selama 12 minit, api atas dan bawah.sue pakai oven brand buterfly....kekadang depend pada oven....yer...



- Apabila kek sudah masak, keluarkan dari oven ke atas redai. Biarkan sejuk. Letakkan sekeping kertas di atas bahagian yang berlorek kemudian terbalikkan.
- Keluarkan kertas alas semasa membakar. Sapu permukaan dengan butter icing.
- Gulung kek tadi perlahan-lahan dan cermat.
- Balutkan dengan cling film dan simpankan di dalam peti ais untuk mengentalkan buttercream selama 2jam.(huhuu tak sempat tunggu 2 jam mak lang….anak dah mintak…..)

walahhhh....ready for sale....hihihih...