Sambutan Hari Lahir Kakitangan INPENS

24 November 2009, INPENS telah membuat sambutan harilahir kepada kakitangannya. Inilah hasil kerja Kek Carrot dengan cream cheese, di atas dianyami strawberry coklat kegemaran siti ... emmm nampak je kecik kan.. sebenarnya inilah kali pertama guna loyang yang besar.. sebesar oven la besarnya... berat kek dekat 5 kg tau!!!!...

Aaaaa...malas nak update blog

huhuhu..naper sejak dua menjak nih sue malas betul nak update blog..kerja opis bertimbun aaa..pastu Bos lak accident ... meh...lagi la banyak kerja...so tempahan pun banyak pun tak terbuat..asyik bertangguh...nak snap gambar2 tempahan pun tak sempat...nanti ader masa..sue upload...

tengah2 boring..member sue hantar satu vid yang rasa2nya kelakar giler...buat hilang tension...katanya okay..enjoyla yer...


Kek Coklat Hilton PJ

Kotak kek sambutan 25 tahun Hilton Petaling Jaya
Kek coklat yang dipromosikan. Harga asal RM60 - 1 kg. Harga promosi RM30.00 je... ramai staff INPENS yang beli.

Aneka Kek Lapis Sarawak


Gambar aneka kek lapis Sarawak di jamu di rumah mak saya di Gedangsa masa time raya. Nampak sedap dan cantik bila digabungkan dengan pelbagai jenis kek. Cepat je habis hahahahaha. Mak saya kata nak kasi orang makan kena bagi yang sedap. Kek lapis biasa RM70.00. Saiz 8 x 8.

Moist Cake

Moist cake adalah kek yang paling digemari oleh anak-anak, rakan-rakan, keluarga dan sedara. Masa raya tu bawa 3 moist cake, malam raya dah habis 2 biji then pagi tu habis lagi satu biji. Mereka kata emmmmmmmmphhhh sedap sangat. Tak pernah rasa moist cake yang sesedap ini. Saya kata ini speselnya resepi hahahahahahha....
Moist cake seperti gambar di atas RM15 je. Mampu milik. Tapi yang saiz sederhana biasanya kami jual RM50.00. Masa hari raya Pn. Solehah telah beli sebiji untuk dibawa ke Kedah. Beliau kata suami dia kata "sedap". Kalau suami saya kata sedap maknanya memang sedap katanya, sebab kalau tak sedap suami dia kata tak sedap. Terima kasih Pn. Solihah.

Hamper Raya 2009


Hamper raya 2009. Ini di order oleh azinawati, Segi Training College, Pulau Indah. Dia tempah 3 untuk kengkawan katanya. Simple RM50.00 je. Thankz azie

Promosi Raya Aidil Fitri 2009

Tahun nie Sue cuti untuk buat kek yang banyak...sebab dah tujuh (7) tahun kurang beramal waktu bulan puasa...tahun nie tempahan diambil hanya kepada regular customer.... bukan buat promosi seperti yang tahun-tahun sudah...kalau tidak..sebulan sebelum puasa barang-barang memasak dah penuh untuk memenuhi permintaan ramai....Tahun nie Sue jual yang ini sahaja :
1. Biskut Coklat Ros - 1 bekas RM23.00
2. Biskut Kelapa - 1 bekas RM23.00.
3, Biskut Coklat Oat - 1 bekas RM23.00
5. Biskut Tat Nenas - 1 bekas RM20.00
6. Kek Coklat Moist - 1 kek anggaran 600g - RM15.00 je
7. Kek Lapis Sisik Ikan - RM90.00

Untuk tempahan lain..emppphhh boleh dirunding kepada customer tetap sahaja.

Biskut Coklat Ros

Biskut nie kita buat atas permintaan sahaja.. satu balang RM25.00 je...rasanya.. emphhh sedap... dalamnya biskut nestum..
Inilah rupa dari dekat...

Moist chocolate Cake

Moist Chocolate Cake saiz 9" berat dalam 1.5kg...including decoration (request simple design) only RM50 for HARI Raya Aidil Fitri 2009...PROMOSI...!!!!! thank u for order Fiza...

kek untuk majlis jiran-kawan Taman Meru Aman

sue buat majlis untuk kekawan sbb sue sekeluarga akan berpindah rumah....untuk manghargai..semangat kekawan.....sue sediakan beberapa juadah untuk majlis nie....sue buat kek devil moist cake with strawberry....comot jer ....nak buat cepat....
nie lak moist carrot cake.....untuk abiskan stok coklat dan strawberry...inilah hasil kek sue...

sesiapa nak order kek ni saiz 9" berat dalam lingkungan 1.5 kg termasuk decoration...

Carrot Cake moist RM 65
Devil Moist Chocolate Cake RM 70