BUBUR LAMBUK PERIUK BESAR

Ramai orang nak buat bubur lambuk saiz besar tapi tak confident. Apa kata cuba resepi ini. Resepi ni diolah oleh saya sendiri dengan berdasarkan resepi di Internet dan juga makcik-makcik di INPENS. Lepas tu doa pada Allah agar bubur jadi sedap...... :)

Resepi ini boleh dimakan oleh pelbagai bangsa kerana tidak ada daging. Tapi kalau nak sedap letak daging nak lagi sedap tulang gearbox...perrrggh...

Resepi :
1. Beras 15 kg (Bagi periuk yang tidak berapa besar 10-12kg memadai)
2. Bawang besar 2kg
3. Bawang putih 1/2 kg
4. Halia 200 g
5. Ayam 6 ekor
6. Udang kering 1 kg
7. Udang sederhana 5 kg (kalau letak daging tak perlu letak udang nie)
7. 20 helai daun pandan
8. Minyak Masak 3 kg
9. Ghee 1 tin kecil.
10. 8 kg santan
11. Rempah ratus - Kayu manis, halba, bunga cengkih, bunga lawang, jintan putih, pelaga
12. 200g g serbuk lada hitam
13. Garam secukup rasa
14. 5 batang serai
15. 1 kg daun bawang
16. 1 kg daun sup
17. 1 kg lobak
18. 6 stok ayam (kalau daging tak perlu letak stok ayam)
19. 7 sup bunjut
20. Bawang goreng.

Bajet buat bubur nie RM500, ianya agak mewah memandangkan diletak ghee, udang, santan yang banyak. Tapi kalau nak kurangkan bajet kurangkanlah bahannya yea.

Persediaan
1. Asingkan daging ayam daripada tulangnya.
pengasingan daging ayam sedang dijalankan

2. Potong lobak
3. Potong Daun Sup
4. Potong Daun Bawang
5. Bersihkan serai dan basuh.
6. Blend udang
7. Blend bawang besar ( toskan)
8. Blend bawang putih(toskan)
9. Blend halia(toskan)

Masak 1
1. Mula-mula basuh beras, toskan.
2. Masukkan air dalam periuk besar dan pasang api.
3. Bila air telah mendidih masukkan beras sambil kacau.
4. Masukkan daging ayam.
5. Masukkan garam secukup rasa.


Masak 2
1. Panaskan minyak bersama ghee.
2. Masukkan bawang besar, bawang putih.
3. Bila bau aroma dah keluar dan warna kekuningan masukkan rempah ratus dan sup bunjut.
4. Bila dah garing masukkan tulang ayam.
5. Bila tulang ayam dah masak, masukkan halia, udang kering, udang dan daun pandan.
- tulang ayam perlu diasingkan sebelum dimasukkan dalam periuk bubur.Maknanya tak perlu letak tulang ayam dalam bubur. Tapi kalau nak masuk juga its ok.
6. Agak2lah yea....kalau dah ok baru masukkan bahan tumis ke dalam periuk yang telah berisi beras, time nie beras dah jadi bubur da)
- masukkan lebihan air bawang besar, bawang putih dan halia ke dalam periuk.
7. Masukkan santan.
ketua chef bubur lambuk kononnya - baju merah :)

8. Masukkan serbuk lada hitam dalam air panas dan bancuh.
9. Masukkan serbuk lada hitam yang telah dibancuh ke dalam periuk tadi.
10. Test la ... ada rasa garam ke tak. Kalau tak cukup tambah lagi.

11. Bila dah siap...hidangla .... taburkan daun bawang dan daun sup kat atasnya.
12. Taburkan bawang goreng
13. Siap untuk dihidang dan dimakan.


dah dihidang.....

Butter GOLDEN CHURN TIDAK HALAL

Berita yang mengejutkan ramai orang Islam dan peminat Kek Lapis Sarawak termasuk pengeluar Kek Lapis Sarawak adalah "Golden Churn Creamy Butter" adalah "TIDAK HALAL".

Alhamdulillah kami tidak pernah menggunakan butter ini untuk membuat Kek Lapis Sarawak ataupun mana-mana produk pengeluaran kami.

Mungkin Allah nak selamatkan kami dari termakan yang tak halal (psss sebenarnya butter nie mahal sangat, tak mampu nak beli untuk buat kek hahahaha kami biasanya guna butter Tatura dan Anchor je dan kalau duit terlebih guna butter SCS.


Rujukan : Borneo Post

Sarapan baik untuk anak-anak

Sarapan Awal Baik Untuk Anak-anak

Kenapa perlu makan lewat ataupun tidak bersarapan. Islam ajar kita untuk sarapan awal contohnya bersahur. Oleh itu ajarlah anak-anak anda untuk sarapan awal. Sarapan awal akan memberikan anak anda tenaga.

Kajian yang diterbitkan dalam Journal of the American Academy of Child and Adolescent Psychiatry menunjukkan bahawa masalah sekolah seperti ketidakhadiran dan masalah tingkah laku seperti hiperaktif banyak berlaku kepada kanak-kanak yang lapar.

Program sarapan pagi di Philadelphia dan dua sekolah awam Baltimore pula menunjukkan pelajar lebih memberi tumpuan di dalam kelas, mendapat gred yang lebih tinggi dalam matematik dan kurang masalah tingkah laku dan emosi.

Oleh itu jangan lupa beri sarapan kepada anak-anak dan makanlah makanan yang sihat seperti madu, minyak zaitun, roti, jus dan dadih.

Rujukan:

http://www.kidsource.com/kidsource/content4/breakfast.html

Promosi Biskut Hari Raya 2011

PROMOSI BISKUT HARI RAYA

Berminat sila msg saya Nahar Sharif di 013-388 2545


Snow Almond - Sebekas 52 biji hanya RM24.00 sahaja.

Tart Nenas - sebekas 52 biji RM20 sahaja.

Coklat Oat - sebekas 52 biji hanya RM24 sahaja.

Agen dan Pengedar di alu-alukan. E-mel di alamat nahar.sharif@gmail.com or nahar@inpens.edu.my

Sarapan Dengan Roti Paratha

Emmm aku memang gemar makan roti paratha.. kat kedai mamak memang tak jual. Aku pun tak tahu sebab apa tak jual. Yang ada roti canai, capati, tosei dan roti nan. Tapi roti paratha tak pernah nampak pun. Tapi kalau pi pasaraya...freeze nya kita akan jumpa roti paratha ini. Rasanya memang sedap. Tapi kali nie buat sendiri kat rumah...lihatlah hasilnya. Kalau kat kedai lebih kurang 5 roti = RM4.00. Tapi buat sendiri dapat 21 keping paratha. Memang berbaloi...

Jom kongsi resepi mudah aku nie...

Bahan-bahanya adalah :
Tepung gandum 2 cawan.
Bawang besar 5 labu
Kentang sebiji.
Garam secukup rasa
Minyak
Daun bawang ala kadar.

Cara-cara
1. Uli tepung dengan air secukupnya, titiskan minyak pada permukaan doh ketika menguli.
2. Campurkan doh dengan bawang yang telah dipotong halus, kentang rebus, garam dan daun bawang yang telah dipotong halus. Uli doh.
3. Timbang doh 50g dah buatkan doh kecil.

Taburkan sedikit tepung ketika membuat doh kecil di atas. Rehatkan 15 minit selepas tu lenyekkan dia. Masukkan dalam plastik.
Paratha siap sedia di goreng atau disimpang di dalam peti ais untuk sarapan....emmmmphhh..