Ada pelbagai cara buat roti. Dari yang tradisional hinggalah ke profesional. Dari yang roti lembut kepada yang roti keras. Ramai orang sukakan roti lembut tapi kalau kita pi sarapan kat hotel 5 star depa hidang roti keras. Orang dok panggil roti perancis. Yang saya tahu roti lembut mudah telan tapi tak mudah hadam. Roti keras susah ditelan tapi mudah dihadam....
Ini salah satu resepi yang saya belajar iaitu daripada Chef Farid Chef Farid, Bakeri Ria Academy. Kepada yang berminat nak cuba resepi rotinya, sila cuba ekk...
Bahan-bahannya adalah:
1. Tepung 1 kg. Bleh guna cap bangau, Gunung Mas, Diamond, Kuda. Yang penting Tepung High Protein.
2. Gula 200 gram- guna gula halus tau. tak pun gunala gula yang diblend atau gula castor.
3. Yis 30 gram. Kalau guna yis basah perlu 2 kali ganda iaitu 60 g.
4. Susu tepung 50 gram.
5. Improver 4 gram. (bleh guna bread softener, Magi Pro, Voltex, Modular softener 5500)
6. Garam Halus 10 gram.
7. Telur gred B sebiji.
8. Marjerin 200 gram. (bleh guna planta juga Dorry)
9. Air yang dimasukkan ais 500g.
Cara membuatnya:
1. Masukkan semuanya dan yang last sekali masukkan telur. (masukkan air jangan habis tau, tinggalkan sedikit) Mix guna speed 1. Jangan laju.
2. Tunggu sebati, tanda sebati adalah bila ditarik ia tak putus. Uli hingga elastik. Ia macam swing Gum.
3. Dah siap, banting doh roti itu. Tujuannya adalah bagi mengeluarkan angin.
4. Rehatkan doh 10- 15 minit di bawah bekas mixer tu.
doh besar
masukkan doh besar ke dalam bowl mixer
5. Bila dah kembang bahagikan doh dengan berat 50 g.
Tanda kembang adalah bila ditekan dengan jari doh akan naik kembali
dan buatkan bulatan.
doh besar
selepas timbang 50g, buat doh kecil
Doh kecil seberat 50g, dibuat bulat dan licin
6. Rehatkan doh yang tadi 2 - 5 minit di bawah plastik.
7. Rekabentuk doh. Buatlah ikut suka janji nampak menarik.
8. Rehatkan lagi 3 - 15 minit. Then masukkan dalam prover.
(kalau takda prover gunalah kebijaksanaan sendiri. Ada orang jemur kat bawah matahari, ada orang bukak oven dan letak depan oven, ada orang bior je...)
pelbagai bentuk doh dimasukkan dalam prover
9. Bila doh dah kembang. Bakar dalam oven dengan suhu 180 darjah celcius atas dan bawah sehingga masak (10 - 15 minit).
10. Sejukkan roti dan siap untuk dimakan.
tu dia dah siap
Apa lagi cuba la. Kalau tuan puan dah cuba sila buat komen diruang komen k.
pssss....... Resepi yang sama kita buat donut.....
Tanggal 23 April 2010 adalah Hari Lahir Puan Zaiton, maka pelajar dandanan Rambut telah meraikan dengan Kek Moist 1 kg yang berharga RM50.00. Semoga panjang umur, murah rezeki. ini bukan fondant tau..ini steam buttercream... emm mereka komen sedap... ma cih..
Puan Zai merasmikannya... Para pelajar Dandanan Rambut... Tak lupa cikgu Shasa disuapkan untuk merasakan kenikmatan kek ini.... :)
24 November 2009, INPENS telah membuat sambutan harilahir kepada kakitangannya. Inilah hasil kerja Kek Carrot dengan cream cheese, di atas dianyami strawberry coklat kegemaran siti ... emmm nampak je kecik kan.. sebenarnya inilah kali pertama guna loyang yang besar.. sebesar oven la besarnya... berat kek dekat 5 kg tau!!!!...
huhuhu..naper sejak dua menjak nih sue malas betul nak update blog..kerja opis bertimbun aaa..pastu Bos lak accident ... meh...lagi la banyak kerja...so tempahan pun banyak pun tak terbuat..asyik bertangguh...nak snap gambar2 tempahan pun tak sempat...nanti ader masa..sue upload...
tengah2 boring..member sue hantar satu vid yang rasa2nya kelakar giler...buat hilang tension...katanya okay..enjoyla yer...
Kotak kek sambutan 25 tahun Hilton Petaling Jaya Kek coklat yang dipromosikan. Harga asal RM60 - 1 kg. Harga promosi RM30.00 je... ramai staff INPENS yang beli.
Gambar aneka kek lapis Sarawak di jamu di rumah mak saya di Gedangsa masa time raya. Nampak sedap dan cantik bila digabungkan dengan pelbagai jenis kek. Cepat je habis hahahahaha. Mak saya kata nak kasi orang makan kena bagi yang sedap. Kek lapis biasa RM70.00. Saiz 8 x 8.
Moist cake adalah kek yang paling digemari oleh anak-anak, rakan-rakan, keluarga dan sedara. Masa raya tu bawa 3 moist cake, malam raya dah habis 2 biji then pagi tu habis lagi satu biji. Mereka kata emmmmmmmmphhhh sedap sangat. Tak pernah rasa moist cake yang sesedap ini. Saya kata ini speselnya resepi hahahahahahha.... Moist cake seperti gambar di atas RM15 je. Mampu milik. Tapi yang saiz sederhana biasanya kami jual RM50.00. Masa hari raya Pn. Solehah telah beli sebiji untuk dibawa ke Kedah. Beliau kata suami dia kata "sedap". Kalau suami saya kata sedap maknanya memang sedap katanya, sebab kalau tak sedap suami dia kata tak sedap. Terima kasih Pn. Solihah.