Udang Gulung











Udang Goreng

bahan;a


10-8 ekor udang besar (keringkan sedikit ngan kertas tisu)
1 sudu serbuk kari
garam serbuk kunnyit secukupnya
sedikit daun kari

semua di atas gaul.ketepikan.sekiranya agak basah jugak ..campurkan sedikit tepung jagung dalam 2 sudu.

bahan B

1 bungkus mee segera di masak dan ditoskan dan dicampurkan sedikit tepung gandum.


cara buat; Gulung udang dengan mee segera..dah siap gulung.Goreng dalam minyak panas/sederharna..bila udang agak kekuningan/masak angkat .sedia hidang dengan sos Thousand island dan sos cili

Homemade Ice-cream~~ Vanila Icecream and Chocolate Chunk Ice-cream

Salam hujung minggu,

Semalam dah plan nak try buat Homemade Icecream..dalam dok ber fb nampak satu resepi rakan memasak Jue Nida(dia memang rajin masak,hari-hari ader jer post kek dan desert~~~wooott Sue berminat nak buat icecream..masak dalam Group Resepi Ekperimen tengok gak ramai yang cuba buat resepi Homeade icecream nie(ntah sedap ker tidak..tak berani buat sbb kot-kot rasa macam ice batu jer)

Pastu nampak pulak resepi kek Gula hangus(dari kak Rohana Sulaiman)..adeih..plannn banyak sangat ..nak cari ruang masa nie terhad...punyala excited nak buat-post kat wall Fb supaya ader semangat nak cuba few resepi nie..Wahhhh banyak pulak penyokong suruh buat..aper lagi bergosip sakan nak sedapkan resepi Icecream nie...sbb ader icecream yang letak macam-macam...tapi one of my friend cakap ..resepi letak creamer dan telur lebih terasa lemak daripada menggunakan susu pekat..Big thanks to kak Junsalela Coppola my friend from Florida(akak nie kasi resepi icecream gak^^( suker sangat).Sue nak tau jugak aper perbezaan dan kelebihan dua resepi nie..alih alih buat kedua-duanya sekali..jom tengok gambar dulu baru ader semangat nak buat ^^

Iceram kat katas yang berwana putih tu ialah Vanila iceream(resepi dari Juenida) dan Chocolate chunk Ice-cream tu dari kak Junsalela Coppola..ue tak kacang pistascio sbb hubby suka makan ..one brownies Cupcake..Sedap.kan..look very yummmy..tergoda..jom buat laaaa sedap..rugi tak cuba barang pon mudah nak dapat.


Vanila ice-cream Jue Nida

1 tin susu pekat manis 
2 tin susu air masak
1 sudu besar overlatte
1 sudu besar tepung jagung
1 penutup esen vanila

Cara buat;

masukan 1 tin susu pekat dan 2 tin air masak(bekas susu tin tu yer sukatan).masukkan tepung jagung..kacau sekata dan masak atas api sederhana dalam 10 minit(agak-agak tepung jagung tu masak)..angkat dan sejukan sebentar dalam 10 minit kemudian masukkan ovelete dan esen vanila..pukul adunan hingga kembang macam adunan kek..masukkan dalam peti sejuk beberap ajam..dah boleh hidang


Untuk resepi Chocolate Chunk icecream (boleh click kat link nie kalau nak tengok resepi dessert yang lain(http://jceastmeetwestkitchen.blogspot.com/2009/08/chocolate-chunk-ice-cream.html)



Bahannya:

225 gm plain chocolate - patah2kan
3 cawan susu segar
1 tsp vanilla
4 biji kuning telur - pukul sikit
115 gm cawan gula pasir
1/2 cawan plain dark coklat yg dicincang kecil.

Caranya:

Double boil coklat guna api perlahan hingga cair-ketepikan, dlm periuk lain masukkan susu & vanila guna api perlahan didihkan sekejap.

Masukkan telur dlm bekas tahan panas (I guna mangkuk stainless steal) kemudian sambil dikacau masukkan gula, kemudian masukkan susu & coklat cair.

Letakkan mangkuk yg mengandungi campuran telur + coklat tadi atas double boiler masak sambil dikacau hingga custard jadi agak pekat. Sejukkan.

Masukkan custard ke dlm container yg tahan sejuk dan freezekan hingga ice crystal terjadi dikelilingnya. kemudian keluarkan dan guna hand mixer to whisk until smooth, ulangi prosess ini hingga 2-3 kali dan kali terakhir gaulkan coklat cincang ( jika guna) simpan dlm freezer hingga firm.



dah ader resepi..tunggu aper lagi..cubala..rasa memang sedap  setanding Ice cream berjenama =).

pendapat:
Dua resepi nie memang mudah..resepi jue Nida lebih gebu dan licin tapi rasa kurang lemak sesuai bagi nak diet(elok tambah kekacang spt walnut untuk rasa leh sedap.resepi dari kak june ..sedap lemak dan berkrim..hidangkan toffe atau salted karamel menambahkan keenakan icecream nie__alamak Diet sue bulan ni hancuss lagi daaaa. Lebih elok cuba dua dua sekali..baru ade variety...HOmemade Icecream memang ader classsss.setanding ice-cream yang berjenama mahal.

SELAMAT MENCUBA^^

Tepung Pelita

Semalalam dah bercita-cita nak buat kuih melayu..angan -anan tinnggi nak try kuih talam...(tak pernah buat pon sbb tak suka kukus mengukus nie)..tapi dah tengok post member Facebook~ Siti halimaton...jeles jelesssssss ...kuih talam penut butter dia cantikkk..(terpikir bile lagi nak buat kuih talam nie sbb hubby pon suka makan tahu kuih moden jer =))...setelah berbalas comment kat Facebook dapat gak sumber nak buat kuih talam..AHAHAHAH tapi nukan kuih Talam yang nak buat hiihihi nampak tepung pelita..alahai feveret tuuuuu....


Resepi asal dari Yatie
Johor Bahru, Malaysia

Tepung pelita

Bahan A
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
4 helai daun pandan dikisar
pewarna hijau atau esen pandan
1 sudu kecil air kapur
Cara-cara
Tepung beras( yg 1 cwn), air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat, guna api sederhana ya.
Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap.
Bahan B
4 sudu besar tepung beras(rata)
4 cawan santan
sedikit garam
Cara-cara
Sementara itu satukan santan, tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat.
Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.
Sejukkan. Setelah sejuk bolehlah di makan.





sedapppp..sejukkk kat tekak~~Selamat mencuba

Tiramisu Cake

Salam hujung minggu~~ minggu nie baru berkesempatan nak post gambar kek terbaru tapi lama dikemaskini

Tiramisu cake RM55.00 (1.2kg)
want to order~~ just call our number
Nahar - 013-388 2545, dan Sue 019-655 2545.