Resepi Puteri Ayu

Resepi masa kami belajar di sebuah Akademi di Puchong. Bleh buat frozen jika mahu. Sedap ke ? emmm buat dan rasa sendiri.

Bahan A
1. Gula 1 1/2 cawan ( 250g)
2. Telur 4 butir gred B
3. Ovellet 1 tbsp

Bahan B
1. Air 1 cawan (200ml)
2. Serbuk Santan 50 g
3. Pewarna hijau 1 penutup (disyorkan jenama Star)

Bahan C
Tepung Gandum 2 1/2 cawan (280g)

Bahan D
1. Kelapa parut 3 biji
2. Tepung ubi 3 tbsp
3. Garam 1 tsp

Cara menyediakannya
1. Bahan A diputar sehingga gebu (seped 4)
2. Bahan B disatukan dan dibancuh.
3. Bahan C & B dimasukkan ke dalam bahan A dan diputar sampai sebati.
4. Kelapa, tepung ubi dan garam digaul
5. Acuan disapu minyak
6. Kelapa ditekan ke dalam acuan
7. Maukkan adunan tepung ke dalam acuan
8. Kukus selama 10- 15 minit
9. Dikeluarkan, disejukkan dan dibungkus.

Selamat mencuba.

DODOL yang sedap

Kepada pengemar dodol rasailah dodol yang pada pendapat saya antara yang paling sedap... kalau tak caya cubalah sendiri. Orang yang buat dodol nie dah bertahun lamanya jual dodol dan jual lemang. Lemang diapun power. Kalau tak silap RM10.00 sekilo. Ha main kilo lagi...tak jual batang-batang dah... ambik lemang kalau berat 2 kg maknanya RM20.00 la gamaknya.

kalau nak cuba sila dapatkan disini...

Man Dodol
Kg Sekolah, Sungai Selisek
Kuala Kubu Bharu
Tel : 05-454 1629

Biasanya harganya RM8.00 untuk setengah kilo.

Cara nak pi.... keluar highway NKEV Behrang, then masuk ke arah Sg Selisik ikut sebelah Balai Polis Behrang... anggaran 3 km dari situ masuk ke dalam. Sampailah...